RSS
Facebook
Twitter

01 July 2013

Badan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) hari ini mengingatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar menerima keputusan Mahkamah Tinggi mengenai A. Kugan dan memulakan pembaharuan terhadap pasukan polis.

SUARAM mengingatkan Ahmad Zahid mengenai hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam artikel 3 Deklarasi Hak Manusia Sejagat (UDHR) dan artikel 5 Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menyatakan “Tiada orang yang boleh diambil nyawa dan hartanya melainkan berdasarkan peruntukan undang-undang”.

“Adakah polis dan menteri yang bertanggungjawab mengambil berat berhubung hak asasi ini?," kata Koordinator SUARAM R. Thevarajan dalam satu kenyataan hari ini.

“Kes kematian Kugan sewaktu dalam tahanan polis jelas melambangkan polis telah bertindak ganas dan menyalahgunakan kuasanya.Gambar dan video Kugan sewaktu di bilik mayat kini tersebar luas di Internet di mana terdapat darah dan buih keluar daripada mulutnya,” tambah beliau.

SUARAM turut menggesa kerajaan bertanggungjawab dan melakukan pembaharuan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kredibiliti kerajaan bakal terjejas di mata rakyat apabila mengemukakan rayuan terhadap keputusan penghakiman berkenaan.

Kerajaan dan polis harus menerima keputusan mahkamah dan mengambil sepenuh tanggungjawab menyebabkan kematian tahanan semasa pengawasan mereka.

Minggu lalu, Ahmad Zahid memberitahu kerajaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham berhubung dengan kematian Kugan.

Singham dalam penghakimannya berkata Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menjadi Ketua Polis Selangor pada ketika itu bertanggungjawab atas kematian Kugan empat tahun lalu.

Mahkamah telah mengarahkan pihak yang berkenaan membayar sejumlah RM851,700 kepada ibunya, N. Indra atas penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh keluarga mangsa. - 1 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About