RSS
Facebook
Twitter

14 July 2013

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam mendesak mendesak kerajaan Malaysia menutup kedutaan Vatican City di negara ini.

Kenyataan itu hadir susulan kenyataan Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino berikutan sokongan duta itu terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian.

“Marino dengan sengaja dan berniat jahat membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan Islam-Kristian di Malaysia sekali gus perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam.

"Kenyataannya bercanggah dengan pendirian rasmi kerajaan Malaysia merupakan perbuatan sengaja, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

"Kita menuntut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memanggil Marino dan diberi kata dua,” kata Nasharudin pada kenyataan yang dipetik dari Mingguan Malaysia hari ini.

NGO yang melontarkan pandangan sama ialah Yayasan Nassar, Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Selain itu, Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia dan Suara Anak Muda 1Malaysia.

Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali pula, berkata kenyataan duta berkenaan membawa ancaman serius jika tidak dibendung kerajaan berikutan isu itu sensitif di kalangan umat Islam di negara ini.

Katanya, tindakan tegas itu wajar kerana Marino melanggar had sebagai seorang duta sebagaimana peruntukan Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

Beliau juga menyifatkan Marino mencampuri urusan dalaman Malaysia dengan menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Marino dalam wawancara dengan sebuah portal berita kelmarin menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian di negara ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kenyataan Marino itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia menimbulkan kegelisahan awam serta boleh menggugat perpaduan. 14 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About