RSS
Facebook
Twitter

11 July 2013

MP: SPRM sudah jadi pelindung si korup?

Seorang lagi anggota Parlimen tampil menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menamatkan siasatan berhubung kes "lucky bonus" atau pembelian undi secara besar-besaran di Bayan Baru semasa pilihan raya umum lalu.

"Adakah SPRM sudah jadi pelindung orang yang korup? soal wakil Tanjung daripada DAP Ng Wei Aik dalam kenyataannya.

Ng mendakwa, Pengarah SPRM Pulau Pinang M Samarajoo "tutup mata" terhadap tujuh kes yang dilaporkan pemimpin Pakatan pada Mei kerana mencadangkan peguam negara menutup kes itu kerana tidak cukup bukti.

"Walaupun pengundi tidak dinasihat atau diarah mengundi mana-mana calon, logo 1Malaysia dan menjadi pengetahuan umum bahawa wang akan diberikan hanya jika BN menang di kerusi negeri atau Parlimen, unsur penting rasuah yang tertakluk bawah peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Semalam, pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang meminta SPRM negeri membuka semula fail siasatan berhubung kes itu dan mencari bukti dengan lebih bersungguh-sungguh.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, SPRM Pulau Pinang berkata, mereka kesal dan tidak boleh menerima alasan penutupannya bahawa tiada unsur jenayah.

Beliau mengulas kenyataan Samarajoo yang berkata, suruhanjaya itu tidak mengesan kesalahan dalam laporan berhubung politik wang semasa pilihan raya umum seperti yang diadukan calon Pakatan.

Laporan Utusan Malaysia semalam yang memetik kenyataan Samarajoo menyebut, saksi tidak mengetahui identiti individu yang memberikan wang kepada mereka dan tidak boleh membuktikan apa-apa kesalahan.

[Baca berita penuh]

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About