RSS
Facebook
Twitter

15 July 2013

Pakatan ke mahkamah batalkan keputusan PRU13

Pakatan Rakyat (PR) hari ini memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepi keseluruhan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) membabitkan 222 kerusi Parlimen dan pemilihan baru dijalankan semula.

Ia dikemudakan ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat, PKR, PAS, DAP selain lima pemimpin pembangkang, Datuk Saifuddin Nasution, Dzulkefly Ahmad, M Manogaran, Arifin Rahman and R Rajoo selaku plantif.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bersama lima anggota suruhanjaya itu pula dinamakan sebagai defendan.

Lima anggota itu ialah Datuk Mohamad Ramji Ali, Datuk Dr P Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansorn dan Abdul Aziz Khalidin.

Ia dibuat berikutan SPR didakwa mengendalikan proses pilihan raya ke-13 (PRU13) secara adil terutama aspek penggunaan dakwat kekal hingga membawa kepada penipuan besar-besaran.

Dakwaan penipuan itu sekaligus meranap integriti PRU13 dan menyebabkan gabungan parti pembangkang terlepas peluang untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Tindakan yang belum pernah berlaku dalam Malaysia, mungkin juga pertama kali di negara Komanwel.  15 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About