RSS
Facebook
Twitter

07 July 2013



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan pendiriannya mengenai Akta Hasutan, mengatakan akta itu tidak akan dimansuhkan.

Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak merasakan pendiriannya itu bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengatakan Kabinet juga tidak bersetuju ianya digantikan dengan akta baru akan tetapi bersetuju ianya perlu dikaji semula.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu, pendiriannya mengenai Akta Hasutan itu kerana kebimbangan empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan akan dicabar sekiranya akta itu dihapuskan.

Empat perkara itu adalah hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam merupakan agama rasmi persekutuan.

 “Saya tidak akan berkompromi jika empat perkara ini dicabar.“Ini kerana Akta Hasutan sangat penting,” kata Ahmad Zahid pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Akta Hasutan mula diperkenal pada 1948 untuk menghalang perbincangan perkara-perkara dianggap sebagai hasutan. – 7 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About