RSS
Facebook
Twitter

02 July 2013

Ketua Hakim Negata Tun Arifin Zakaria mengatakan beliau tiada masalah dengan bekas hakim untuk kembali ke mahkamah.

Menurutnya, menghalang bekas hakim untuk kembali ke mahkamah sama seperti menyekat mereka melakukan sesuatu yang sudah biasa dilakukan dan lebih banyak manfaat dengan kehadiran mereka sebagai peguam di mahkamah.

Arifin merujuk kepada kontroversi terbaru bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengatakan kemungkinan akan mewakili calon PAS untuk kes petisyen pilihan raya di Perak.

Arifin yang pernah bersama-sama Sri Ram yang pernah juga mewakili Umno sebelum ini dalam beberapa kes di Mahkamah Rayuan, mengatakan isu bekas hakim kembali ke mahkamah dibincangkan dalam persidangan hakim baru-baru ini.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah diantara yang masih muncul di mahkamah.

“Tiada kemudaratan mereka berada di mahkamah kerana kes diputuskan berdasarkan merit,” katanya.

Beliau mengatakan sesetengah daripada hakim bersara mempunyai pengalaman dan kepakaran yang boleh disumbangkan kepada mahkamah.

“Jadi lebih banyak kebaikan daripada keburukan,” katanya.

Majlis Peguam menentang langkah ini kerana mendakwa ianya boleh menyebabkan situasi memalukan apabila sesetengah bekas hakim akan memetik kes penghakiman mereka.

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong juga mencadangkan prosedur kehakiman perlu dipinda bagi menghalang bekas hakim daripada menjadi peguam. – 3 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About