RSS
Facebook
Twitter

14 July 2013

Kekeliruan besar mengenai pemilikan tanah punca pembinaan rumah kepada penduduk kampung yang hilang kediaman dalam serangan di Lahad Datu Mac lalu, tertangguh

Setiausaha Majlis Keselamatan Nasional (MKN), Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata mereka bekerjasama dengan Pejabat Tanah Sabah bagi mengatasi masalah itu.

"Ya, benar penduduk kampung yang kehilangan rumah dalam serangan itu dijanjikan kediaman ganti bernilai RM50,000.

"Penduduk kampung cuma perlu beri pengenalan diri dan plot tapak tanah rumah mereka untuk dibangunkan binaan rumah sebagai pampasan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, masalah bermula apabila semakan dengan Pejabat Tanah Sabah mendapati tapak rumah mereka selama ini dimiliki individu lain.

"Siasatan lanjut mendapati kebanyakan penduduk kampung yang terjejas bukan pemilik sebenar tanah yang menempatkan rumah mereka.

"Jika kerajaan membina rumah ganti atas tapak tanah yang bukan dimiliki penduduk kampung berkenaan, apa akan jadi apabila pemilik sebenar menuntut rumah berkenaan. 

"Kita tidak boleh terima bulat-bulat semua kata-kata penduduk kampung kerana kita tidak mahu pihak yang tidak bersalah kehilangan tanah mereka," katanya.

Mohamed Thajudeen berkata, MKN juga berdepan masalah penduduk kampung yang kehilangan rumah ketika serangan itu, tidak memiliki kad pengenalan diri atau surat beranak.

"Kami kena pastikan penduduk kampung yang tuntut pampasan itu bukan pendatang," katanya, menambah ada kes membabitkan tiga keluarga mendiami sebuah rumah sedangkan hanya satu keluarga layak memperolehnya.

Difahamkan, kerjaan Sabah memaklumkan kontraktor untuk membina rumah ganti di tapak tanah yang tidak berpenghuni bagi menyelesai kemelut itu.

Sebanyak 26 rumah bakal dibina di Kampung Tanjung Batu dan 47 di Kampung Tanjung Labian.

Mac lalu, MKN menjanjikan rumah ganti kepada penduduk kampung yang terjejas berikutan kediaman mereka musnah akibat serangan berkenaan. 14 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About