RSS
Facebook
Twitter

01 July 2013

Dalam pertarungan undang-undang, serangan peribadi hakim terhadap seorang peguam dalam kes jenayah telah dijadikan alasan untuk mengkaji semula sabitan rasuah terhadap bekas pegawai kanan kerajaan.

Peguam itu adalah Ramkarpal Singh, anak kepada Karpal Singh.

Ramkarpal dalam afidavit mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Apandi Ali yang mengetuai panel tiga hakim, bersikap peribadi apabila didakwa secara lisan menyerang Ramkarpal semasa prosiding.

Beliau berkata hakim itu telah berkompromi kesaksamaan dan sikap objektif apabila dua kali di mahkamah terbuka mengisytiharkan dia memohon maaf untuk mengatakan Ramkarpal tidak setanding dengan bapanya, Karpal, dan secara tersirat mengatakan dia telah membuang masa mahkamah.

Ramkarpal berkata serangan peribadi Mohamad Apandi itu bermakna dia berkelakuan tidak patut sebagai seorang hakim, berat sebelah dan ini dengan serius memudaratkan kepentingan anak guamnya, Mahmad Faisaal Fadzil.

Ramkarpal menambah sikap berat sebelah Mohamad Apandi menyebabkan rayuan terjejas kerana merit kes itu tidak diendahkan.

Datuk Linton Albert dan Datuk Wira Mohtarudin Baki adalah hakim-hakim lain yang bersidang bersama Mohamad Apandi pada 23 Mei.

Ramkarpal turut mengatakan Mahkamah Rayuan tidak menerima permohonannya secara penuh semasa pendengaran rayuan untuk menukar keputusan dua mahkamah lebih rendah.

Malah, kata Ramkarpal panel hanya pertimbangkan satu alasan dan Mohamad Apandi gelisah dengan prospek perbicaraann panjang, menjadi kurang ajar dan tidak sopan apabila Ramkarpal berkeras mengemukakan isu-isu secara terperinci.

Panel tidak mempertimbangkan dengan teliti enam hujah yang lain, dengan alasan mahkamah mempunyai perkara-perkara lain pada hari itu, katanya.

Menurut Ramkarpal, permohonannya untuk mendapatkan salinan video prosiding tersebut telah dinafikan sebanyak dua kali.

“Disebabkan itu, Faisaal telah dinafikan hak untuk mendapatkan perbicaraan adil yang dijamin oleh Perlembagaan,” kata peguam itu.

Panel lain hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Faisaal mendakwa perbicaraan sebelum ini gagal memberikan keadilan kepadanya.

Ramkarpal memfailkan afidavit bagi Faisaal yang berusia 56 tahun untuk menyokong permohonan semakan oleh kerana bekas pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia cawangan Kedah di penjara Kajang menjalani hukuman tiga tahun.

Saman RM150,000 terhadapnya juga dikekalkan.

Faisaal meminta dan menerima RM15,000 daripada seorang sub-kontraktor pada tahun 2009 dan didapati bersalah oleh mahkamah sesyen dua tahun kemudian. – 2 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About