RSS
Facebook
Twitter

07 July 2013

Pemenang anugerah Nobel Aung San Suu Kyi merupakan wajah-wajah terkenal demokrasi. Selepas bertahun-tahun dikenakan tahanan dalam rumah, beliau sekarang bebas ke mana sahaja.

Tetapi tidak bagi seorang peguam Malaysia yang terbang ke tanah air Suu Kyi 14 tahun lalu untuk berkempen menuntut pembebasannya.

Halangan beliau untuk ke luar negara tidak diketahui dunia sebelum ini sehinggalah minggu ini apabila aktivis dari Britian Clare Rewcastle Brown menghebohkannya selepas diusir keluar dari Sarawak apabila cuba memasuki negeri terbesar Malaysia itu. Peguam itu mewakilinya untuk saman malu yang beliau hadir untuk mempertahankan dirinya.

Aktivis, peguam dan Naib Presiden PKR Sarawak See Chee How dirampas pasportnya oleh kerajaan Sarawak pada tahun 1999 selepas beliau pulang dari Myanmar. Sehingga hari ini, beliau masih lagi tidak boleh meninggalkan Malaysia.

Ini satu lagi fakta menarik. 14 tahun dihalang meninggalkan negara? Ini merupakan kali kedua beliau dihalang untuk ke luar negara.

Beliau pertama kali dihalang meninggalkan Malaysia pada 1994 – lima tahun sebelum halangan kedua – selepas pulang ke Kuching dari Eropah bersama penduduk asal Sarawak untuk memperjuangkan hak mereka. Beliau kemudiannya memohon semula pasport antarabangsa 14 tahun lalu dan diberikan akan tetapi dirampas semula selepas pulang dari Myanmar.

Ini adalah di bawah kuasa pihak berkuasa kerajaan negeri Sarawak. Rewcastle Brown yakin arahan datang dari Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Bercakap kepada The Malaysian Insider See mengatakan beliau tidak tahu jika ada orang lain turut dihalang ke luar negara oleh Sarawak.

“Apabila mereka merampas pasport saya buat kali kedua, mereka tidak memberitahu berapa lama salah dihalang untuk meninggalkan negara,” katanya.

Sebagai seorang ahli politik dan peguam, seharusnya beliau sudah lama melawan halangan tersebut akan tetapi See tidak berbuat demikian.

“Saya tidak mempunyai masa untuk mencabar halangan tersebut atau membuat percubaan untuk meninggalkan negara,” katanya melalui telefon.

“Saya sibuk. Saya aktif memperjuangkan kes Hak Orang Asal dan ianya mengambil banyak masa. Terlalu banyak perkara perlu dilakukan di tempat kita sendiri.”

See dilahirkan di Kuching dan memulakan karier sebagai peguam dan aktivis alam sekitar sebelum membuat keputusan untuk memperjuangkan hak orang asal.

Apabila ditanya berapa lama beliau akan dihalang ke luar negara See berkata: “Saya tidak tahu. Saya harap ia tidak akan berpanjangan selama 16 tahun lagi. Saya mempunyai anak lelaki berumur sembilan tahun dan mungkin perlu menghadiri majlis graduasinya jika dia membuat keputusan belajar di luar negara.” – 7 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About