RSS
Facebook
Twitter

10 July 2013

BESUT, 9 Julai Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Tengku Zahrin Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera awam, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Perdana Menteri berkata Tengku Zahrin, 37, merupakan calon terbaik kerana selain anak jati Kuala Besut, pemilihan beliau mendapat sokongan anggota parti di semua peringkat.

"Bagi kita calon muda ini diterima ahli parti dan tidak ada masalah sebagai "orang pantai" kerana beliau dekat dihati rakyat," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN dan pengumuman calon di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon.

Kekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About