RSS
Facebook
Twitter

13 June 2013


KUALA LUMPUR, 13 Jun —  Agensi penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesyorkan agar Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menggugurkan Mohd Nadzri Ibrahim, sebagai pegawai penyiasat tunggal agensi berkenaan bagi memastikan keadilan bagi semua pihak yang terlibat dalam isu kematian dalam tahanan.

SPRM menegaskan, pihaknya enggan untuk dikaitkan dengan mana-mana kontroversi sama ada yang melibatkan SPRM sendiri mahupun EAIC.

"Dalam hal ini, SPRM ingin menegaskan bahawa Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai SPRM yang telah dipinjamkan ke EAIC sejak lebih setahun lalu, merupakan seorang pegawai yang telah menjalankan tugasnya secara profesional selama ini.

Sebagaimana SPRM yakin bahawa EAIC sebagai sebuah suruhanjaya, yang bertindak secara bebas, juga mahu memastikan keadilan bagi semua pihak yang terlibat dalam isu kematian dalam tahanan.," kata kenyataan SPRM yang diedar kepada media hari ini.

Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mendakwa, Mohd Nadzri adalah merupakan bekas pegawai SPRM Selangor yang terlibat dalam kes mendiang Teoh Beng Hock.

"Mengikut laporan-laporan berita, Mohd Nadzri adalah pegawai yang telah merakamkan keterangan Teoh pada malam kematiannya," kata kenyataan bersama ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dan ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

"Malah, Majlis Peguam juga pernah menyarankan tindakan siasatan lanjutan diambil terhadap beberapa pegawai SPRM yang terlibat, termasuk Mohd Nadzri, atas tuduhan konspirasi jenayah, persubahatan serta mengusik bukti (tampering with evidence) dalam kes tersebut."

Pasukan yang dilantik EAIC merangkumi enam pegawai dengan diketuai pengerusinya Datuk Heliliah Mohd Yusof, pesuruhjaya Datuk Seri Robert Jacob Ridu, setiausaha Ahmad Razif Mohd Sidek, pengarah Foo Hui Yi, penasihat undang-undang Eda Mazuin Abdul Rahman dan pegawai penyiasat tunggal EAIC, Mohd Nadzri Ibrahim.

Laman web EAIC, jelas kedua-dua mereka, Mohd Nadzri tersenarai sebagai satu-satunya pegawai penyiasat dalam direktori EAIC.

"Jika ini adalah benar, ini bermaksud bahawa seorang pegawai yang pernah terlibat dalam kes kematian dalam tahanan kini ditugaskan untuk menyiasat kes-kes kematian dalam tahanan yang lain. Oleh itu, integriti EAIC sekali lagi menjadi persoalan besar," kata mereka lagi.

"Malah menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif EAIC Nor Afizah Hanum Mokhtar, pegawai penyiasat EAIC telah diwarisi daripada SPRM."

Pencarian dalam direktori SPRM juga jelas mereka menunjukkan bahawa Mohd Nadzri Ibrahim sudah tidak lagi tersenarai.

"Maka, kemungkinan besar pegawai penyiasat tunggal EAIC Mohd Nadzri Ibrahim merupakan pegawai SPRM sama yang telah menyoal siasat Teoh Beng Hock sebelum kematiannya," kata mereka.

Mereka justeru menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera dengan melucut jawatan Mohd Nadzri memandangkan badan berkenaan berada di bawah seliaan beliau.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About