RSS
Facebook
Twitter

02 July 2013

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan hari ini agama kanak-kanak bawah umur tidak boleh ditentukan oleh seorang penjaga sebaliknya keputusan tersebut mestilah dipersetujui bersama, apabila ditanya tentang pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang telah dibacakan kali pertama baru-baru ini.

Nazri menyifatkannya sebagai "tidak adil" kepada salah seorang penjaga tersebut sekiranya Rang Undang-Undang kontroversi baru itu dipinda.

"Jadi kepada saya, tidak adil untuk mengatakan bahawa hanya seorang daripada penjaga boleh menentukan agama anak walaupun kalau seorang itu sudah memeluk Islam," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu ketika di temui di Saloma Bistro di sini dalam majlis anjuran Tourism Malaysia.

"Saya sebagai seorang peguam dan Muslim juga, saya tidak selesa dengan keadaan ini," tambah beliau lagi.

Pindaan terhadap Rang Undang-Undang tersebut menerima kritikan hebat daripada kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan parti komponen Barisan Nasional (BN), serta kumpulan masyarakat awam bukan Islam. - 3 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About