RSS
Facebook
Twitter

06 July 2013

Trend pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menunjukkan pengundi bandar dan kelas pertengahan jelas menyatakan sokongan kepada parti pembangkang manakala pengundi pedalaman dan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak pula dilihat masih menyatakan kesetiaan kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Majlis Profesor Negara Profesor Emiretus Datuk Seri Dr. Zakri Abdul Hamid, semasa menyampaikan ucaptamanya pada majlis Wacana PRU13: Pengaruh Media dan Implikasi Masa Depan, turut mengatakan perpaduan dan keharmonian negara merupakan satu aset yang tidak ternilai kepada Malaysia.

“Sejak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, kerajaan pemerintah tanpa gagal telah mengadakan 13 siri PRU berkat perpaduan dan keharmonian negara yang dikecapi pada hari ini.

“Meskipun bahang PRU makin panas daripada setiap sirinya, namun BN telah berjaya mengadakan kesemua siri pilihan raya itu pada masanya dan ini tidak dapat direalisasikan jika negara tidak berada dalam keadaan yang aman,” jelas Zakri.

Pada PRU13 lalu, BN telah memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh Malaysia manakala Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi 89 baki kerusi berkenaan.

PR juga berjaya mempertahankan negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang meskipun Kedah dan Perak telah berjaya ditawan semula oleh BN. - 7 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About