RSS
Facebook
Twitter

11 June 2013


KUALA LUMPUR, 10 Jun — Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan Dang Wangi menunjukkan jumlah kes kematian dalam tahanan tertinggi, dakwa pertubuhan badan bukan kerajaan Suaram hari ini.

Kedua-dua ibu pejabat polis berkenaan dakwa pejuang hak asasi manusia itu telah merekodkan masing-masing tiga kematian bagi IPD Subang Jaya, manakala tiga kes kematian dalam tahanan di IPD Dang Wangi.

“Balai Polis Subang Jaya dilihat seperti menjadi pusat kematian dalam tahanan. Lokap USJ 8 menyaksikan dua kematian pada 2013. Chan Chin Te meninggal dunia pada 14 Januari, ditambah kes terbaru,  Nobuhiro. 20 Januari 2009, Kugan Ananthanmeninggal dunia di Balai Polis Taipan, Subang Jaya,” kata kenyataan NGO berkenaan, merujuk kepada kes terbaru, Nobuhiro Matsushita, 33, yang didapati mati akibat tergantung.

“Balai Polis Dang Wangi pula menunjukkan kematian tiga individu sejak tahun lalu dalam jumlah empat bulan; Chandran Perumalu pada 10 September 2012; Wong Tip Ping pada 29 November 2012; dan Nagarajan pada 24 Disember 2012,” kata kenyataan yang diedar kepada media hari ini.

Sehubungan itu, pertubuhan Gerakan Hentikan Keganasan yang terdiri daripada gabungan 29 NGO termasuk Suaram menggesa Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) diwujudkan segera bagi menangani perkara seperti itu daripada berulang.

Kematian lelaki warga Jepun yang ditahan kerana menceroboh sebuah stor milik Sunway Group berdekatan sebuah universiti di sini, menjadikan isu kematian dalam tahanan dan penubuhan IPCMC menjadi gesaan utama NGO dan pembangkang.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata Nobuhiro, ditemui tergantung pada palang besi pintu lokap menggunakan bajunya kira-kira 4 pagi ini.

Beliau berkata laporan bedah siasat yang dikeluarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati suspek mati akibat gantung diri dan tiada sebarang kecederaan atau luka pada anggota badannya.

Suspek pada 2 Jun lepas ditahan kerana membuat ugutan jenayah dengan mengacukan pisau kepada polis bantuan yang ingin menahannya kerana menceroboh sebuah stor di dalam universiti itu.

Sebelum ini kematian N. Dhamendran turut menjadi isu apabila laporan bedah siasat mendapati mendiang mengalami 52 kecederaan di anggota badannya termasuk kesan dawai kokot ditelinganya, walaupun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah sebelum itu mengatakan Dharmendran meninggal dunia akibat “sesak nafas.”

“Gerakan Hentikan Keganasan mahu mengingatkan pasukan polis agar tidak memainkan spekulasi sebarang maklumat kepada orang ramai kerana ia mungkin disalah erti,” kata kenyataan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About