RSS
Facebook
Twitter

07 July 2013

Kekeliruan berkaitan isu perkauman, pelaksanaan hudud antara faktor penentu keputusan pengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Profesor Dr Abdul Rashid Morten.

Selain itu, pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga meletakkan manipulasi agama Islam sebagai faktor utama.

“Kempen negatif mengundang kekeliruan seperti undi DAP sama seperti undi PAS, PAS mahu laksanakan hukum hudud, orang Melayu dalam bahaya dan Islam kian terancam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang hasil kajiannya berkaitan PRU13 di UIAM, hari ini.

Abdul Rasid berkata, kemenangan kerusi di kalangan parti gabungan Pakatan Rakyat lebih seimbang berbanding Barisan Nasional yang didominasi Umno.

"DAP menguasai 38 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 30 dan 21 kerusi. Pembahagian negeri juga dilihat adil dengan Pulau Pinang dikuasai DAP, Selangor dikuasai PKR dan Kelantan ditadbir PAS.

"Hal itu tidak berlaku dalam BN kerana Umno menguasai 88 kerusi, MCA dan MIC masing-masing dengan tujuh dan 14 kerusi,” katanya.

Beliau juga mendapati DAP mengukuhkan tapak politik di Malaysia berdasarkan pertambahan 10 kerusi, selain kejayaan Pakatan Rakyat menang dua pertiga majoriti di Selangor dan Pulau Pinang.

Penganalisis politik itu menyifatkan BN meskipun tewas undi popular secara keseluruhan tetapi masih menjuarai undi popular di Sabah dan Sarawak.

“Pakatan Rakyat menang undi popular kira-kira 54 peratus berbanding BN 46 peratus tetapi BN dapat undi popular di Malaysia Timur dengan 54 peratus," katanya.

Beliau turut menggambarkan peratusan keluar mengundi pada PRU13 sebagai membanggakan berbanding negara maju lain kerana jumlahnya mencatatkan 80 peratus.

"Sangat membanggakan berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat yang mencatatkan 58 peratus, Jepun (60 peratus) dan Perancis (72 peratus)," katanya. Mengenai rasuah politik, beliau berkata, ia terbahagi kepada dua iaitu rasuah yang jelas dan pemberian kerajaan melalui pembentangan bajet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 7 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About