RSS
Facebook
Twitter

11 June 2013

AMK: Himpunan 'Black 505' di Perlis diteruskan


Seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Chan Ming Kai berkata perhimpunan 'Black 505' yang dirancang untuk diadakan di Perlis pada malam ini akan diteruskan walau polis memberi amaran untuk mengambil tindakan ke atas penganjur.

Perhimpunan itu dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi di Kampung Bakau, Kangar.

Chan berkata, parti itu telahpun memaklumkan kepada polis berhubung acara keraian itu sejak 12 hari lalu, pada 29 Mei, dan polis juga mengesahkan bahawa mereka menerima permohonan itu pada 4 Jun.

Dalam satu surat bertarikh 3 Jun, Chan berkata beliau memberitahu polis bahawa jadual acara tersebut dikemaskini dengan menyertakan perhimpunan 'Black 505' sebagai salah satu daripada siri protes ke atas penipuan yang didakwa berlaku pada pilihan raya umum bulan lalu.

ADUN Indera Kayangan itu berkata, polis turut dimaklumkan mengenai individu lain yang akan berucap.

Polis bagaimanapun menyatakan bahawa pasukan itu tidak dapat memproses permohonan dalam tempoh hanya sehari sebelum perhimpunan tersebut.

[Baca berita penuh]

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About