RSS
Facebook
Twitter

24 June 2013


KUALA LUMPUR, 24 Jun Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengutus

surat kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono untuk memohon kerjasama

republik itu supaya menguatkuasakan tindakan lebih berkesan terhadap pihak yang

menyebabkan masalah jerebu.

Perdana menteri berkata beliau juga telah meminta Menteri Sumber Asli dan

Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel supaya menemui rakan sejawatannya dari

Indonesia berhubung perkara itu pada Rabu ini.

"Soalnya bukan siapa milik kepada ladang berkenaan tetapi kesalahan yang

berlaku tidak kira sama ada milik Indonesia, Malaysia atau Singapura, asalkan

mereka melakukan kesalahan, tindakan perlu diambil terhadap mereka," katanya

kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan

Nasional (BN) di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan

untuk menangani masalah jerebu yang melanda negara.

Najib berkata negara turut menawarkan kapal terbang water bomber milik

Malaysia yang boleh membantu memadamkan kebakaran di kawasan yang terjejas.

Kapal terbang ini sedut air yang boleh disimbah ke kawasan yang sedang

terbakar dan boleh memadamkan api walaupun dari kawasan yang dikatakan peat soil

(tanah gambut).

"Ini bukan begitu mudah sebab api itu di bawah permukaan dan ia memerlukan

tindakan yang lebih berat untuk memadamkan api tersebut," katanya.

Najib turut memberitahu solat hajat khas akan diadakan di Masjid Negara esok

bagi mendoakan supaya hujan sebagai antara langkah menyelesaikan masalah jerebu.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About