RSS
Facebook
Twitter

22 June 2013


Menteri Wailayah Persekutuan dan Perancangan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turun ke Padang Merbok untuk berunding dengan penganjur perhimpunan Black 505.

Tengku Adnan memujuk penganjur untuk memindahkan lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka.

“Kita telah maklumkan kepada pihak penganjur kalau boleh pergilah ke Stadium Merdeka.

“Ini adalah tempat public. Walaupun kita telah memberikan kelulusan di Parlimen siapa nak tunjuk rasa pun tunjuk rasalah, tapi kalau boleh di tempat tertutup,” kata beliau kepada pemberita di lokasi perhimpunan sebentar tadi.

Sementara Pengarah Strategi PKR pula mengatakan tempat perhimpunan kekal di Padang Merbok.

“Kita akan tetap ke Padang Merbok, itu hanya khabar angin Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider merujuk kepada berita mengenai pertukaran lokasi perhimpunan ke Stadium Merdeka.

Sebelum itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh memberitahu beliau menerima maklumat perhimpunan berpindah ke Stadium Merdeka dari lokasi asal Padang Merbok.

Mohamad mengatakan masih belum terdapat pengesahan mengenai perkara itu dari pengurusan stadium atau penganjur perhimpunan.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About