RSS
Facebook
Twitter

19 June 2013


KUALA LUMPUR, 18 Jun Buku-buku sejarah Malaysia perlu ditulis semula agar mengandungi masalah yang dihadapi negara pada masa lampau dan langkah diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu seumpama itu, supaya sejarah negara lebih difahami generasi muda.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah ini akan juga membantu Malaysia membentuk masyarakat yang lebih terdidik, dan ''dengan itu melahirkan lebih ramai pemimpin yang lantang''.

Ia akan juga membantu menyatukan rakyat Malaysia, menyediakan pendidikan yang lengkap untuk golongan muda, katanya dalam ucaptama bertajuk "Masa depan yang lebih baik bagi Politik Malaysia, Pasca Pilihan Raya Umum ke-13" di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

"Kita perlu melakukan banyak perkara. Kita juga perlu belajar dari sejarah negara lain seperti mengapa berlaku Arab Spring (Kebangkitan Rakyat Arab).

Baca juga: Najib lega selepas bertemu Dr Mahathir
Baca juga: Dr M akui kesilapan tidak sekat internet semasa berkuasa
Baca juga: Selepas PRU13, Dr M tunai janji untuk mula kritik Najib

Kemudian, kita perlu bertanya diri, apakah kita mahu ini berlaku di negara kita? "Ada orang berkata mereka mahu melihat Arab Spring di Malaysia. Mereka lebih rela tidak menghiraukan kestabilan, keamanan dan menggulingkan pemimpin.

"Jadi kita perlu duduk dan memahami apa itu demokrasi dan beritahu mereka supaya mempercayai kerajaan," tambah beliau.

Menyentuh isu pelajaran, Dr Mahathir berkata kewujudan sebuah sekolah kebangsaan di bawah satu bumbung bagi semua kaum, dapat menjamin Malaysia yang aman, bersatu dan akan menjamin masa depan lebih baik untuk warganya.

"Masalah yang kita hadapi hari ini ialah kita tidak berkumpul bersama, dan jarang bercakap atau menggunakan bahasa kebangsaan. Kita patut menggunakannya lebih kerap. Kita harus kurangkan keadaan berpuak-puak di sekolah misalnya, dan wajibkan penggunaan dan pembelajaran bahasa kebangsaan," kata beliau.

Mengenai pembelajaran bahasa kebangsaan, Dr Mahathir kagum melihat sesetengah diplomat asing yang bertugas di negara lain seperti Indonesia boleh menguasai bahasa negara itu, tetapi tidak di Malaysia.

Beliau berkata ini kerana rakyat Malaysia berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan bukan bahasa kebangsaan mereka, dengan itu lupa bahawa bahasa adalah satu daripada faktor yang menyatukan masyarakat.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About