RSS
Facebook
Twitter

26 June 2013


KUALA LUMPUR, 26 Jun Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem telah menafikan dakwaan beberapa anggota Parlimen pembangkang bahawa beliau memiliki ijazah palsu.

Beliau berkata ijazah dan sarjana miliknya, kedua-duanya dalam bidang sumber manusia, diperolehi daripada University of Hertfordshire.

Riot berkata beliau akan menyerahkan kepada peguamnya untuk menentukan tindakan susulan.

"Saya mengambil ini sebagai tuduhan serius terhadap saya. Saya biar peguam saya mengendalikan hal ini. Sebagai menteri bertanggungjawab, saya mesti mempunyai pengetahuan baik dengan apa yang saya lakukan untuk berkhidmat untuk negara," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, pada sidang media bersama, Anggota Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Anggota Parlimen Stampin Julian Tan menuduh Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Ewon Ebin memiliki ''ijazah tak boleh dipercayai''.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About