RSS
Facebook
Twitter

25 June 2013

KAWASAN IPU TINGGI MULAI HUJAN


KUALA LUMPUR, 25 Jun Hujan dilaporkan di beberapa kawasan yang

merekod Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi termasuk di Shah Alam, Selangor

petang ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata Petaling Jaya, Subang Jaya dan

beberapa kawasan di Perak juga mengalami hujan petang ini dan ia dijangka

berterusan hingga malam.

Turut mengalami hujan ialah Muar, kawasan yang diisytihar darurat jerebu

Ahad lepas.

Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak yang mencatat IPU

berbahaya dengan bacaan lebih 300 hari ini, diramal mengalami hujan lewat

petang ini.

Bagi Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu pula,

sesetengah tempat mulai hujan lewat petang ini, kata jurucakap itu ketika

dihubungi Bernama hari ini.

Tengah hari ini, ratusan jemaah menunaikan solat sunat "Istisqa" di Masjid

Negara bagi memohon hujan berikutan masalah jerebu dan cuaca panas yang sedang

melanda negara.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Che Gayah Ismail

ketika dihubungi berkata latihan operasi pembenihan awan akan diteruskan esok

bagi mencari kesesuaian awan, dengan bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia

(TUDM).

Dalam pada itu, sehingga 5 petang ini, Portal Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar melaporkan Pelabuhan Klang dan Seri Manjung masing-masing

mencatat bacaan IPU 464 dan 290.

Shah Alam dan dua kawasan di Perak iaitu SK Jalan Pegoh, Ipoh dan Seri

Manjung pula mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.

Sebanyak 20 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 26 sederhana dan satu kawasan

iaitu di Tawau, Sabah adalah baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana),

101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About