RSS
Facebook
Twitter

21 June 2013


KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.

"Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis.

"Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis dari 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About