RSS
Facebook
Twitter

23 June 2013


PETALING JAYA, 23 Jun Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan

membantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jika diperlukan, bagi mengambil

tindakan terhadap kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata meskipun kawasan itu di

bawah tanggungjawab DBKL, polis sedia membantu sekiranya diperlukan.

Setakat 3 petang ini, masih terdapat 30 khemah didirikan di Padang Merbok

walaupun DBKL mengeluarkan notis mengosongkan kawasan itu pada pukul 10 pagi

tadi.

Khalid memaklumkan pemberita selepas majlis kempen kesedaran jenayah di sini

hari ini, bahawa tindakan tetap diambil terhadap penganjur seperti yang

termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.

Menyentuh jerebu di beberapa kawasan di selatan Semenanjung Tanah Melayu

yang terus kritikal, beliau berkata pihaknya akan memberi bantuan jika

memerlukan perpindahan.

-- LAGI

KHALID-PERHIMPUNAN 2 (AKHIR) PETALING JAYA

Pada majlis itu, Khalid berkata satu kumpulan ''walkie-talkie'' diwujud bagi

menjadi mata dan saluran kepada polis dalam usaha membanteras jenayah melalui

kerjasama dengan Persatuan Komuniti Kepolisan Malaysia.

"Saya difahamkan persatuan ini tampil beri kerjasama dengan PDRM menggunakan

walkie-talkie di mana kita dapat menyebarkan maklumat berkaitan penjenayah

dengan cepat.

"Saya dimaklumkan, seramai 300 pengguna walkie-talkie persatuan ini berada

di seluruh pelusuk Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu mengawasi perbuatan

jenayah," katanya


0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About