RSS
Facebook
Twitter

12 June 2013


KUALA LUMPUR, 11 Jun — Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa, yang menajdi wakil tunggal wakil rakyat pembangkang menghadiri sesi taklimat Parlimen hari ini memohon maaf atas tindakannya menghadiri taklimat berkenaan, dan tidak meneliti mesej dan emelnya dengan betul.

Teck Hwa berkata beliau juga bersedia menerima tindakan disiplin daripada Jawatankuasa Disiplin DAP ekoran tindakannya itu.

"Silap saya kerana tidak melihat semua mesej dan emel dengan betul berhubung arahan memboikot acara hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan secara kebiasaannya, wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) akan menerima arahan melalui emel dan mesej pesanan ringkas (SMS), namun beliau menjelaskan tidak menerima notis rasmi berhubung memboikot taklimat berkenaan.

"Namun saya tidak menerima sebarang notis rasmi sama ada melalui SMS dan e-mel daripada Jawatankuasa Pusat," katanya memberi penjelasan.

DAP telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa kerana tidak mendengar arahan parti untuk memboikot taklimat di Parlimen pagi ini.

"Beliau perlu jelaskan. Kita beri dia peluang untuk memberi penjelasan," kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Sesi taklimat pertama ahli-ahli Parlimen hari ini menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil pembangkang, ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir, daripada 89 keseluruhan ahli Parlimen PR.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About