RSS
Facebook
Twitter

21 June 2013


KUALA LUMPUR, 20 Jun Polis masih mengekalkan klasifikasi

perhimpunan ''Black 505'' yang dijangka diadakan di sini Sabtu ini sebagai haram

kerana tidak mendapat kelulusan pemilik kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata perhimpunan yang

akan diadakan Sabtu ini ternyata sama sekali salah sekiranya penganjur berkeras

ingin meneruskannya kerana melanggar Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 di

mana persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan perlu diperoleh.

"Perhimpunan tersebut haram. Mereka tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut menegaskan polis akan menjalankan siasatan berdasarkan

peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya penganjur tetap berdegil ingin

meneruskan niat mereka untuk berhimpun.

Perhimpunan yang ditunjangi pembangkang itu dijangka diadakan di Padang

Merbok di sini walaupun tidak mendapat kebenaran DBKL.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About