RSS
Facebook
Twitter

19 June 2013

Balas pengorbanan Melayu, guna BM


Bekas hakim kontroversi Datuk Mohd Noor Abdullah menggesa orang bukan Melayu agar membalas pengorbanan orang Melayu yang merelakan bahasa mereka ditulis dalam skrip Rumi demi perpaduan kebangsaan.

Menurutnya, bahasa Melayu pada asalnya ditulis dengan huruf Jawi tetapi bagi memastikan ia mudah dipelajari semua kaum sebagai bahasa kebangsaan, orang Melayu merelakan ia ditulis dengan huruf Rumi.

"Pengorbanan ini perlu dibalas orang bukan Melayu dengan belajar bahasa Melayu, dan menggunakan bahasa Melayu setiap hari," kata Mohd Noor ( kanan ) dalam syarahannya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, orang Melayu merelakan penukaran skrip itu walaupun ia berkemungkinan menjauhkan orang Melayu daripada al-Quran dan hadis.

"Kalau tulisan bahasa Melayu (dalam) Jawi, bagaimanakah orang Cina, India hendak belajar bahasa kebangsaan dalam Jawi? Oleh itu, bahasa Melayu menggunakan skrip atau tulisan Rumi.

"Ini adalah satu pengorbanan orang Melayu kerana apabila orang Melayu membenarkan bahasa kebangsaan itu menggunakan Rumi, maka jauhlah orang Melayu daripada tulisan Jawi, Al-Quran dan hadis yang semuanya menggunakan tulisan Jawi.

"Demi perpaduan, orang Melayu sanggup mengubah Rumi ke dalam bahasa Melayu," katanya.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About