RSS
Facebook
Twitter

07 June 2013

Mahathir: Himpunan banyak dihadiri orang Cina

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebahagian besar daripada peserta siri perhimpunan yang diadakan di seluruh negara selepas pilihan raya umum 5 Mei terdiri daripada golongan Cina.

Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc itu seterusnya membuat kesimpulan bahawa perhimpunan berkenaan secara umumnya merupakan isu melibatkan orang Cina.

Beliau juga meramalkan bahawa perkembangan itu akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik.

"Di dalam dan di luar negara, pemuda Cina memakai baju hitam dan bertopeng membentuk sebahagian besar daripada peserta demonstrasi. Biasanya, orang Melayu yang menjadi majoriti peserta demonstrasi," katanya.

Katanya, jumlah orang Melayu yang sedikit di perhimpunan ini juga boleh dikaitkan dengan "keterasingan" pemimpin PAS dengan demonstrasi tersebut, yang didakwanya sebagai usaha menumbangkan kerajaan dengan cara "Arap Spring".

Beliau juga mendakwa PAS paling banyak tewas dalam pilihan raya umum lalu manakala DAP merupakan pemenang paling besar dengan kejayaah "memusnahkan kerjasama,,, di antara pelbagai kaum seperti ditunjukkan dalam gabungan BN".

"Pakatan ini jelas memberi keuntungan paling besar kepada cauvinis Cina dalam DAP, manakala PAS, Melayu paling ramai dalam parti Pakatan mendapat keuntungan paling sedikit, dengan memenangi hanya 21 kerusi berbanding 38 kerusi DAP dan 30 dari PKR," katanya.

Sedangkan, jumlah kerusi yang ditandingi PAS paling banyak, katanya.

Ini menunjukkan bahawa DAP berusaha untuk membolehkan golongan Cina yang "sudahpun menguasai ekonomi" untuk turut menguasai politik Malaysia, katanya.

Baca juga: Dr M dan Umno adalah ‘paling rasis’, kata Tony Pua
Baca juga: PRU13 menunjukkan ‘rasisma Cina’ DAP dalam usaha menguasai politik Malaysia, kata Dr M
Baca juga: Idea parti tunggal BN tidak akan menjadi kerana hanya disokong Gerakan



0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About