JAKARTA, 24 Jun Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono
meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga
menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah
gambut di Sumatera.
"Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian
saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di
Pejabat Presiden di sini pada Isnin malam.
"Tentu, tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi," katanya.
Yudhoyono berkata pada masa ini kawasan yang terlibat dengan kebakaran itu
iaitu Jambi, Bengkulu, dan Riau ditetapkan sebagai daerah bencana berstatus
darurat, dan kerajaan pusat mengerahkan tenaga secara maksimum untuk menangani
bencana itu.
Beliau berkata Indonesia bertanggungjawab penuh untuk mengatasi masalah itu
dan beliau yakin ia akan dapat diatasi dengan
Yudhoyono berjanji bahawa Indonesia akan berusaha memadamkan titik-titik api
yang membakar hutan Indonesia dengan melakukan hujan buatan melalui pembenihan
awan selain mengerah pasukan pemadam kebakaran di darat termasuk menggunakan
tenaga anggota tentera.
Pada sidang akhbar itu Presiden Indonesia itu turut menyindir beberapa
pegawai kerajaan republik itu yang menyebut nama syarikat perladangan yang
dipercayai menyebabkan kebakaran itu, yang katanya tidak seharusnya mereka
lakukan.
"Dari apa yang saya pantau setiap hari, ada pernyataan dari sejumlah pegawai
yang menurut saya tidak semestinya disampaikan seperti itu," katanya.
Beliau berkata syarikat berkenaan belum dipastikan terlibat dalam pembakaran
itu dan para pegawai kerajaan harus menghindari daripada mengeluarkan kenyataan
sedemikian.
"Kalau ada syarikat lalai, apa lagi menyebut namanya jelas tidak diperlukan
seperti itu. Sama halnya menyebutkan syarikat asing yang dimiliki negara jiran
kita, itu juga tidak diperlukan," katanya.
Apa yang lebih penting pada masa ini ialah tumpuan kepada usaha mengatasi
bencana kebakaran dan asap yang sudah berlarutan selama seminggu ini, katanya.
0 comments:
Post a Comment