RSS
Facebook
Twitter

09 June 2013



MUAR, 9 Jun (Bernama) -- Cadangan penggubalan Akta Derhaka perlu disertai

dengan usaha memberi pemahaman tentang pembinaan negara di kalangan generasi

muda, khususnya pelajar sekolah.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim

berpendapat, menghukum mereka yang melanggar peraturan hanya langkah jangka

pendek untuk menyelesaikan budaya menghina, mengkritik serta mencemuh institusi

Raja yang berlaku sekarang ini.

"Pada saya, kita mesti ada satu badan yang melihat tentang asas pembinaan

negara kepada generasi muda di peringkat lebih awal lagi.

"Kalau tidak, kita akhirnya akan melahirkan generasi muda yang membesar

tanpa ada pengetahuan atau tidak menganggap pemahaman mengenai pembentukan asal

negara sebagai sesuatu yang serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada

pemenang perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Stadium Sultan

Ibrahim di sini hari ini.

-- LAGI

RAZALI-AKTA 2 (AKHIR) MUAR

Razali diminta mengulas saranan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Mohd

Noor Abdullah yang berpendapat Akta Derhaka perlu digubal untuk membendung

perbuatan menghina Institusi Raja-Raja Melayu yang berleluasa di kalangan

anak-anak muda kebekangan ini.

Dalam perkembangan lain, beliau mencadangkan agar kejayaan pendaki anak

peneroka Felda menawan puncak Everest baru-baru ini, didokumenkan agar

pengalaman mereka dapat dikongsi generasi muda di negara ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Muar berkata, pertemuan dengan pegawai

Felda akan diadakan bagi merangka pendekatan ke arah usaha mendokumentasi

pengalaman kumpulan pendaki muda Felda itu.

"Kejayaan mereka bukan kejayaan Felda, tetapi ia adalah kejayaan negara dan

ia adalah permulaan kepada satu kejayaan yang lebih besar pada masa akan

datang," katanya.

Menurut beliau, kejayaan kumpulan pendaki anak Felda itu lebih menarik

apabila menjalani latihan persediaan hanya untuk tempoh tujuh bulan.

-- BERNAMA

SO FJM RAM

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About