RSS
Facebook
Twitter

16 June 2013


BELAGA, 16 Jun Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput teruk

ditemui terapung di Sungai Rajang, berdekatan rumah panjang Rh. Lat, di Punan

Sama, di sini, hari ini.

Tempat penemuan mayat itu adalah lebih sejam perjalanan bot dari Giam Bungan

di mana bot ekspres ''Kawan Mas'' terbalik dan karam pada 28 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata mangsa lemas itu memakai

seluar jeans dengan tali pinggang kulit dan seluar dalam berwarna merah.

Beliau berkata penumpang sebuah bot ekspres yang melalui tempat itu melihat

mayat mangsa pada pukul 1 tengah hari tadi sebelum memaklumkan kepada penduduk

rumah panjang di situ.

Bakar berkata penduduk rumah panjang berkenaan kemudian memaklumkan penemuan

itu kepada sebuah pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota

polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang

melakukan operasi harian di kawasan itu.

-- LAGI

MAYAT-RAJANG 2 (AKHIR) BELAGA

Pasukan itu, yang terlibat dalam operasi tragedi bot itu, kemudian membawa

mayat itu ke pusat kesihatan Belaga.

Bagaimanapun, Bakar berkata ia tidak dapat dipasitkan sama ada mangsa

tersebut adalah daripada bot ''Kawan Mas'' yang tenggelam itu.

Beliau menasihatkan orang ramai yang kehilangan saudara lelaki supaya

memeriksa dan membuat laporan di balai polis Belaga.

Dalam tragedi bot ekpres tersebut, seorang lelaki, Maurice Ajan, 22 dan

seorang wanita, Roslan Jati, 44, masih dilaporkan hilang.

Setakat ini, jumlah mangsa yang ditemui mati masih seorang manakala 213


0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About