RSS
Facebook
Twitter

25 June 2013

SINGAPURA DILANDA HUJAN BATU



SINGAPURA, 25 Jun Penduduk di Jurong di sini hari ini

mengalami hujan batu ketika hujan lebat dan ribut kencang melanda negara ini

petang ini.

Seorang penduduk di Jurong Timur Vanitha Subramaniam, yang pada masa itu

sedang bekerja, berkata beliau menerima panggilan daripada ibunya memberitahu

mengenai hujan batu itu.

"Ibu saya menggambarkan hujan lebat setengah jam itu seperti air batu jatuh

dari langit," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Straits Times (ST) melaporkan Agensi Alam Sekitar Nasional

(NEA) mengesahkan kejadian hujan batu yang dialami sesetengah penduduk terutama

yang tinggal di bahagian barat Singapura itu, bukan disebabkan pembenihan awan

di Indonesia.

Ditanya jika hujan batu itu berkaitan dengan jerebu, NEA hanya berkata ia

adalah satu kemungkinan tetapi tidak dapat mengesahkannya.

Bagaimanapun, NEA berkata hujan lebat petang ini bukan toksid.

Kali terakhir hujan batu berlaku di republik ini ialah pada 27 Mac 2008.

Sementara itu, NEA dalam kenyataannya berkata sehingga 9 malam, Indeks

Pencemaran Udara (IPU) tiga jam di republik ini ialah 59, manakala bacaan 24 jam

ialah dalam lingkungan 52 hingga 59.

Untuk tempoh satu atau dua hari akan datang, ia meramalkan angin akan

bertiup dari selatan atau tenggara menyebabkan sedikit jerebu.

Bacaan IPU 24 jam pada Rabu dijangka berada pada tahap sederhana iaitu

51-100.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About