RSS
Facebook
Twitter

17 June 2013


PUTRAJAYA, 17 Jun Mahkamah Persekutuan menolak rayuan peguam

Datuk Seri M.Kayveas dan isterinya, Datin Blanche O ''Leary, bagi mengetepikan

keputusan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara yang mendenda mereka setiap

seorang RM5,000 kerana salah laku.

Panel lima anggota diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat

suara menolak rayuan pasangan itu dan mengekalkan keputusan lembaga disiplin

berkenaan.

"Pelanggaran aku janji dan pegangan kepentingan oleh perayu (Kayveas dan

Datin Blanche O''Leary) jelas dilakukan dalam kapasiti profesional mereka yang

terjumlah kepada perlakuan tidak senonoh yang amat serius," kata Hakim Mahkamah

Persekutuan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, yang membacakan penghakiman panel itu.

Beliau berkata apa yang pasti, Kayveas dan Blanche, yang merupakan rakan

kongsi firma guaman Tetuan Blanche Kayveas & Co, bersalah atas pertuduhan salah

laku mengikut Seksyen 94(3) Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Kayveas, yang juga Presiden Parti Progresif Rakyat serta bekas Timbalan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan isterinya, Datin Blanche O''Leary,

Pesuruhjaya Tinggi ke Papua New Guinea, didakwa melanggar terma penjaminan

sebagai pemegang kepentingan dalam transaksi jual beli hartanah bernilai RM2

juta antara dua syarikat.

-- LAGI

MAHKAMAH-KAYVEAS 2 PUTRAJAYA

Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff,

Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Hasan Lah.

Dalam penghakiman itu, Tan tidak bersetuju dengan hujah Kayveas bahawa

beliau tidak bersubahat dalam pelanggaran perjanjian berkenaan kerana tidak ada

bukti yang menunjukkan perkara sebaliknya.

"Dalam sesuatu perkongsian, satu aku janji oleh seorang rakan kongsi akan

mengikat yang lain. Seorang rakan kongsi kekal bertanggungjawab terhadap aku

janji yang diberi ketika beliau menjadi rakan kongsi meskipun selepas beliau

meninggalkan firma itu atau firma berkenaan dibubarkan."

"Aduan Majlis Peguam adalah terhadap rakan kongsi Tetuan Blanche Kayveas &

Co," katanya sambil menambah hujah ''tidak bersalah'' adalah pembelaan munasabah

bagi salah laku.

-- LAGI

MAHKAMAH-KAYVEAS 3 (AKHIR) PUTRAJAYA

Tan juga berkata tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa seorang pemegang

kepentingan adalah pemegang amanah dan pelanggaran terma itu bukan sekadar

melanggar aku janji tetapi juga satu perbuatan pecah amanah.

Beliau berkata kegagalan menghormati sesuatu aku janji adalah bukti prima

facie salah laku profesional.

Kayveas dan Blanche diperintah oleh lembaga disiplin pada 17 Mac 2005

membayar penalti kepada tabung disiplin.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka pada 12 Dis 2011.

Terdahulu, pasangan itu berhujah, antara lain, Mahkamah Rayuan gagal

mempertimbang bahawa tidak ada unsur ketidakjujuran di pihak mereka.

Kayveas, yang bertanding di Dewan Undangan Pasir Bedamar, Perak pada pilihan

raya umum ke-13, kalah kepada calon DAP V.R.Terence Naidu dengan majoriti 13,037

undi.


0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About