RSS
Facebook
Twitter

11 June 2013


11 Jun – Kesal dengan sikap pemilik pawagam yang tidak sensitif menayangkan filem-filem tempatan pada waktu Maghrib, penerbit dan pengarah filem, Ahmad Idham telah meluahkan rasa kecewanya itu menerusi laman Twitternya.
"Saya tak faham kenapa ada pawagam letak masa tayangan filem Melayu pukul 7 petang. Ini Malaysia negara Islam. Hormatlah sikit waktu Maghrib.
"Saya rasa bukankah lebih elok kalau tayangan filem Melayu diakhiri pada pukul 6 petang dan kemudian disambung semula pada pukul 8 atau 8.30 malam memandangkan tempoh masa solat Maghrib begitu singkat," ujarnya.
Menurutnya lagi, perkara ini sudah lama berlaku dan dia hanya mahu bercakap tentang perkara ini apabila sudah tidak tahan disindir dan ada kalanya dimaki oleh peminat-peminat seolah-olah dia tidak menghormati waktu Maghrib.
"Bukan filem saya sahaja yang menjadi mangsa keadaan, sebaliknya juga filem-filem tempatan lain," katanya seperti yang dipetik dari laman mStar.
Tambahnya lagi, pihak pawagam seperti tidak menghormati umat Islam, pada masa sama turut menegur Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) kerana tidak mengambil berat berhubung hal ini kerana ia boleh menjejaskan kutipan filem-filem tempatan.
"Ia sedikit sebanyak menjejaskan industri filem tempatan tanpa sedar memandangkan penonton Melayu tidak akan menyaksikan filem pada waktu tersebut. Banyak lagi filem-filem yang boleh ditayangkan pada masa itu."
Sementara itu, Ketua Pengarah FINAS, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah berkata, pihaknya akan mengkaji semula hal tersebut dan akan memanggil pihak-pihak yang berkaitan untuk mengadakan perbincangan.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About