RSS
Facebook
Twitter

19 July 2013

PAS kesal jenayah 'bertopengkan agama'

Pemuda PAS hari ini menyuarakan kekesalannya terhadap insiden seorang pekerja kafeteria siber Ng Mun Tatt yang diculik, dikasari, dibogel dan diconteng badannya dengan perkataan "saya hina Islam".

Bagaimanapun, kata setiausaha dewan itu Khairul Faizi Ahmad Kamil, mangsa akhirnya tampil menafikan dakwaan serius terhadapnya itu.

Justeru, katanya Khairul Faizi ( kiri ), insiden itu jenayah yang tidak boleh diterima dan lebih dikesali apabila menggunakan isu agama untuk menghalalkan tindakan dan menjadikan bukan Islam sebagai sasaran.

"Sekumpulan pemuda yang memukul dan mencederakan Ng Mun Tatt sebenarnya telah menjatuhkan maruah agama Islam serta menghina agama yang suci ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Mereka ini sebenarnya wajar ditangkap dan diadili dengan hukuman setimpal kerana merosakkan kemuliaan agama Islam serta perpaduan masyarakat di negara ini."

Ng, 21, dalam sidang media di Klang semalam berkata, penculik menconteng perkataan "saya hina Islam" di badannya untuk mengelirukan individu yang boleh membantunya dan menggambarkan beliau menghina agama negara.

Katanya, beliau diculik pada awal pagi Isnin ketika sedang minum di sebuah restoran di Shah Alam sebelum dibawa dengan sebuah kereta sedan dengan mata tertutup ke satu pangsapuri dan dipukul menggunakan batang kayu.

Beliau juga mendakwa, penculik memeras wang daripada abang iparnya. Menurut Ng lagi, beliau kemudian dibawa ke sebuah ladang sawit dan dipukul lagi setelah gagal mengingat nombor pin kad ATM.

NG juga mendakwa dipaksa menghidu gam dan sangat kehausan sehingga terpaksa minum air longkang ketika melepaskan diri.

Beliau menafikan penculikannya berkaitan dengan tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee - penulis blog seks yang didakwa menghina Islam.

Laporan media yang memetik kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa lalu bagaimanapun menyebut sebaliknya.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About