Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sekeras-kerasnya komen Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang mengaitkan pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dengan perdana menteri.
Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai "berniat jahat dan tidak berasas", Setiausaha Akhbar Datuk Seri Najib Tun Razak - Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad - juga berkata ia adalah "sebahagian daripada kempen berterusan oleh parti-parti pembangkang untuk melemahkan kedudukan perdana menteri".
Dalam surat kepada Malaysiakini, Tengku Sariffuddin menuntut portal berita itu menarik balik laporannya mengenai kenyataan Zuraida itu, serta menyiarkan permohonan maaf secara bertulis dalam tempoh tujuh hari.
"Gagal berdemikian, kita akan mempertimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam membuat dan menerbitkan tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat itu," katanya.
Malaysiakini dalam proses menjawab kepada PMO, dengan menawarkan kepada perdana menteri hak untuk menjawab.
Dalam sidang akhbarnya, Zuraida mengaitkan perdana menteri dengan kes tersebut - yang telah berkali-kali dinafikan oleh Najib - semasa ketua wanita PKR itu mengulas komen Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Rohani Abdul Karim bahawa kes tersebut 'telah ditangani'.
Baca juga: K'jaan S'gor sumbang RM10,000 pada balu PI Bala
Baca juga: Isu Altantuya: Jawapan menteri tiada makna, kata MP
Baca juga: Wanita PKR: Bagaimana kes Altantuya 'ditangani'?
0 comments:
Post a Comment