RSS
Facebook
Twitter

09 June 2013


SINGAPURA, 9 JunKira-kira 2,500 rakyat Singapura yang diketuai

penulis blog tempatan mengadakan bantahan di Speakers'' Corner di Hong Lim Park

hari ini untuk mendesak kerajaan menarik balik syarat baharu pelesenan yang

dikenakan terhadap laman web berita berkuatkuasa 1 Jun.

Perhimpunan aman ini dianjurkan sekumpulan penulis blog dikenali sebagai

#FreeMyInternet, yang menentang pelaksanaan syarat itu.

Kumpulan ini berpendapat penguatkuasaan syarat berkenaan merupakan cubaan

untuk membuat penapisan dan melanggar hak rakyat Singapura untuk mendapatkan

maklumat secara dalam talian.

Dalam kenyataan dikeluarkan selepas bantahan itu, #FreeMyInternet berkata ia

mendapat semangat daripada kejayaan kempen pertamanya menentang Rejim Pelesenan

MDA baharu, yang disifatkan ramai pengulas media sebagai titik perubahan dalam

landskap peraturan media di republik ini.

Kata kumpulan ini, lebih 4,000 orang menandatangani petisyen yang

dikemukakannya secara dalam talian (jumlahnya terus meningkat), manakala lebih

150 blog menyertai mogok secara dalam talian anjurannya dan kira-kira 2,500

orang menyertai bantahan paling besar yang diterajui penulis blog dalam sejarah

Singapura, tengah hari ini.

-- LAGI

PENULIS BLOG-BANTAHAN 2 (AKHIR) SINGAPURA

Sebagai langkah berikutnya, kenyataan itu berkata #FreeMyInternet akan terus

membuat gesaan agar Rejim Pelesenan itu ditarik balik.

Kata kumpulan itu, pada minggu-minggu akan datang ia akan mengedar bahan dan

mengadakan program untuk mendidik orang ramai serta Anggota Parlimen tentang

kenapa Rejim Pelesenan itu perlu ditarik balik.

"Kami tidak menolak mengadakan dialog dengan kerajaan, tapi dialog ini

mestilah berupa perbincangan tentang cara Rejim Pelesenan ini akan ditarik balik

dan ia mestilah merupakan dialog tentang bagaimana langkah membebaskan

persekitaran media daripada belenggu peraturan boleh dilakukan dengan

sebaik-baiknya untuk memberi manfaat kepada rakyat Singapura," kata kenyataan

itu.

Mulai 1 Jun 2013, laman berita dalam talian yang sering memuatkan laporan

tentang isu berkaitan Singapura dan mempunyai ramai pengikut di sini,

dikehendaki mendapatkan lesen daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA).

Di bawah rangka kerja pelesenan ini, laman berita dalam talian akan diberi

lesen secara individu sekiranya ia (i) menyiarkan laporan purata

sekurang-kurangnya satu artikel seminggu tentang berita dan hal ehwal semasa

berkaitan republik ini bagi tempoh dua bulan, dan (ii) dikunjungi

sekurang-kurangnya 50,000 alamat IP unik dari Singapura sebulan bagi tempoh dua

bulan.

-- BERNAMA

TNS TNS MO SP RHM

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About