RSS
Facebook
Twitter

25 June 2013

'Tutup Jonker Walk bukan hukuman pada Cina'


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, penutupan pasar Jonker Walk di Melaka tiada kaitan dengan dakwaan yang menyifatkannya hukuman kepada pengundi Cina di negeri itu.

Sebaliknya, beliau berkata, penutupan pasar malam itu hanya bersifat sementara apabila ia akan ditutup selama empat minggu untuk percubaan.

"Hukuman untuk apa? Tidak ada yang peribadi dengan kaum Cina. Ini tidak benar (hukuman pada kaum Cina)," katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pembukaan Parlimen penggal ke-13 di ibu negara.

Katanya, ketua menteri Melaka Datuk Idris Haron juga memberitahunya bahawa penutupan berkenaan dibuat susulan aduan orang ramai yang merungut mengenai kesesakan lalut lintas.

"Jadi (Idris) kata, akan cuba untuk tutup selama empat minggu dan kemudian kita akan tengok keputusannya sama ada penutupan itu akan mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Isu berkenaan timbul susulan dakwaan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan pasar Jonker Walk oleh kerajaan negeri Melaka merupakan "pembalasan" kepada pengundi Cina yang telah menyokong pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Laporan Kwong Wah Daily pula pada hari Isnin lalu memetik kenyataan Idris yang berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan untuk menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Idris dalam laporan itu turut mengingatkan bahawa pihak yang menyatakan bantahan apabila pasar malam itu ingin diperkenalkan pada 13 tahun lalu adalah DAP.

Pada masa itu, DAP menyelar kerajaan dengan dakwaan menggadaikan hak pengguna jalan demi kepentingan 200 orang pengusaha gerai, katanya.

Kebanyakan warga Melaka pula kini memberi sokongan penuh kepada DAP berbanding calon MCA, katanya.

"Maka kami memutuskan untuk membatalkan pasar malam dan berharap mereka akan gembira," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Seramai 100 orang pengusaha gerai berkenaan berhimpun dan berarak di Jonker Street pada Ahad malam lalu untuk membantah keputusan terbaru itu.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About