RSS
Facebook
Twitter

16 June 2013


KUALA LUMPUR, 16 Jun Gerakan memecat seorang anggotanya dan

menggantung keanggotaan dua yang lain kerana melanggar peraturan, termasuk

menentang calon yang dipilih mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13

(PRU13) baru-baru ini.

Pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn hari ini berkata keputusan itu

diambil pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan semalam.

"Sebelum ini, lima anggota mengambil keputusan mengundur diri...sebabnya,

ada daripada mereka bertanding sebagai calon bebas dan sesetengahnya pula

menentang calon kami. Terdapat juga beberapa aduan lain," katanya pada sidang

akhbar selepas merasmikan sesi percambahan fikiran parti itu di ibu pejabatnya

di sini.

Bagaimanapun, Chang tidak menyatakan nama tiga anggota terbabit dan

menjelaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap aduan lain yang

diterima parti itu.

Mengenai sesi percambahan fikiran itu, beliau berkata ia diadakan untuk

untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan parti berkenaan dan Barisan Nasional pada

PRU13.

"Kami ada kira-kira empat atau lima tahun lagi untuk mendapatkan kembali

keyakinan pengundi, kami perlu susun rancangan yang konkrit," katanya.

-- BERNAMA

PNW JM AO SP NH

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About