RSS
Facebook
Twitter

18 January 2014

Speaker dalam jelajah Umno malam tadi menegaskan jelajah mereka di Selangor memfokuskan kepada Paderi Katolik Lawrence Andrew yang menyeru agar komuniti Kristian melanggar undang-undang.

Dalam sesi jelajah di Shah Alam malam tadi, speaker turut berkata Andrew tidak mewakili pendapat majoriti komuniti Kristian di negara ini.
Norman Toha, daripada kumpulan Jalur Tiga (Jati) mendakwa, ia dimaklumkan kepadanya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 15 paderi bukan Katolik. Paderi berkenaan mendakwa didekati kumpulan berkenaan selepas demonstrasi mereka pada Disember lalu.
Kumpulan paderi berkenaan memaklumkan kepada umat Islam bahawa Andrew tidak mewakili suara kesemua penganut Kristian dan mereka bersedia untuk bertemu dengannya.
Andrew menegaskan gereja di Selangor masih akan tetap menggunakan istilah perkataan Allah dalam ibadah mereka walaupun enakmen 1998 Selangor melarangnya.
"Ia hanya dilakukan Andrew, bukan Kristian lain setuju dengan Andrew. Selama ini, Muslim dan Kristian hidup aman. Kenapa Andrew main isu ini?
"Ini sebabnya kita nak Andrew disiasat," kata Norman, yang juga Setiausaha Jati.
Fokus kepada Andrew oleh Umno Selangor adalah mempertahankan undang-undang negeri yang melarang penggunaan perkataan Allah termasuk Baitullah, Solat, Kaabah oleh bukan Islam.
Dilihat mempertahankan undang-undang, mereka juga dilihat cuba menampilkan imej mereka berbanding seteru politik dari Pakatan Rakyat (PR), yang mana dakwa mereka menyokong Andrew.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Umno, Datuk Seri Noh Omar mendakwa pembangkang mempolitikkan isu itu bagi kepentingan politik mereka.
Ianya berikutan beberapa pemimpin pembangkang menuduh Umno mengeksploitasi isu berkenaan bagi mendapatkan sokongan daripada Melayu Muslim, yang mana kajian membuktikan mereka menolak penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.
"Andrew melanggar undang-undang dan tapi kita pula dituduh salah. PKR dan DAP hanya menyokong perkara yang menguntungkan politik mereka.
"Dan PAS hanya guna ayat Quran yang hanya sokong mereka," kata Noh.
Andrew sedang disiasat di bawah Akta Hasutan kerana kenyatannya pada 27 Disember bahawa Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah dalam rutin ibadah mereka.
Kenyataan beliau dikatakan mencabar titah Sultan Selangor bahawa bukan Islam di negeri berkenaan dillarang menggunakan kalimah Allah.
Ketika jelajah berkenaan, Noh mendakwa enakmen berkenaan tidak bertentangan dengan kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau sebaliknya berkata, di bawah subseksyen empat Artikel sama, setiap negeri boleh mebentuk undang-undang agama.
Noh juga turut mempertahankan Jabatan Agama Islam Selangor yang merampas lebih 300 kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban pada 2 Januari lalu.
"Bible ini boleh digunakan di negeri-negeri yang tidak mempunyai undang-undang seperti Selangor, seperti Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, tapi bukan Selangor.
"Saya sedia debat secara terbuka dengan sesiapa pun. Sama ada pakar Perlembagaan dan ahli PKR Prof Dr Aziz Bari atau Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
"Sebut bila dan di mana, saya akan datang," kata Noh.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About