RSS
Facebook
Twitter

17 January 2014

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau menyerahkan cadangan pemecatan beliau sebagai menteri besar Selangor yang diusulkan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam mesyuarat parti tersebut baru-baru ini kepada rakyat dan ahli parti.

Menteri besar Selangor yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut bagaimanapun hanya menyifatkan isu yang melanda antara beliau dan Azmin itu sebagai isu politik.
"Itu hal politik. Isu tersebut biarlah ditentukan oleh rakyat dan ahli parti sendiri," katanya kepada media selepas menghadiri program dialog bersama penduduk di Kuala Selangor.
Sebelum ini, Media melaporkan Abdul Khalid hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila Azmin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dan penyokongnya mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.
Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin sebagai ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.
Media difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada malam Rabu lalu yang dipengerusikan oleh Anwar.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About