RSS
Facebook
Twitter

24 January 2014

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib meninggal dunia tengah malam tadi selepas dua hari terlantar koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang dipetik dalam portal berita milik PAS Harakahdaily mengesahkan pemergian tokoh ulama PAS tersebut pada jam 12.05 tengah malam.
Harun sebelum ini dilaporkan media terlantar di hospital sejak Rabu lalu berpunca daripada sakit lamanya.
Laporan sebelum ini mengesahkan pemimpin PAS tersebut telah pengsan dan dimasukkan ke hospital, malah ramai tokoh PAS sudah mengunjunginya sejak dilaporkan koma.
Harun juga  merupakan merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.
Selain itu, Harun merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Terengganu selama tiga penggal daripada sejak pilihan raya 1999 hinggalah 2008, bagaimanapun tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 tahun lalu.
Harun pernah belajar di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin dan kemudian menyambung pengajian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About