RSS
Facebook
Twitter

21 January 2014

Selangor akan mengundang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan bebas Transparency International (TI) untuk meneliti tindakan pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berhubung penyingkiran Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat kerajaan negeri tersebut.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi menjemput dua badan tersebut bagi meneliti dokumen-dokumen dikeluarkan kerajaan negeri dan juga daripada Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Kerja Norita Mohd Sidek.
"Kes pengurus besar PKNS melibatkan isu integriti, maksudnya sesetengah surat dikeluarkannya boleh dipersoalkan, di luar bidang tugasnya dan boleh dikatakan beliau tidak mengikut arahan kerajaan negeri.
"Jadi dalam masa dua tiga hari selepas kajian dilakukan, (setiausaha kerajaan negeri) akan mendedahkan butiran penyiasatan," katanya kepada pemberita di Klang hari ini.
Katanya, memandangkan PKNS sudah mempunyai pakatan dengan MACC dan TI berhubung isu integriti, mereka harus menyiasat jika terdapat pecah amanah.
Tambahnya, Othman dan Norita terikat dengan ikrar integriti dan mereka tidak dibenarkan membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu selagi siasatan masih belum tamat.
Abdul Khalid turut menafikan kedua-dua mereka telah dijadikan “kambing hitam”.
"Kita harus membenarkan siasatan dijalankan. Bila sudah selesai, mereka boleh keluarkan kenyataan keseluruhan isu, tapi sehingga itu lebih baik tidak keluarkan sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita hari ini.
Azmin yang merupakan Pengerusi PKR Selangor telah menerima surat pada 8 Januari lalu memaklumkan pengguguran beliau daripada ahli lembaga pengarah PKNS.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai pengerusi PKR negeri, Azmin tidak seharusnya digugurkan.
"Pengguguran Azmin tidak sah dan tidak mengikut prosedur," dakwa Anwar.
Beliau berkata, isu berkenaan timbul selepas berlakunya kekeliruan antara lembaga pengarah dengan kerajaan negeri.
PKNS telah memaklumkan pengguguran Mohamed Azmin dilakukan kerajaan negeri.
Kenyataan itu bagaimanapun bercanggah dengan kenyataan Abdul Khalid yang mengatakan Othman bertanggungjawan menggugurkan Azmin daripada anggota ahli lembaga pengarah PKNS. 

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About