RSS
Facebook
Twitter

08 February 2014

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi jaminan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar negeri Selangor akan kekal selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Anwar, dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, memberi bayangan kemungkinan Abdul Khalid akan digantikan dengan orang baru, meskipun menteri besar dua penggal itu dianggap popular di kalangan rakyat Selangor.
"Tidak, kita tidak akan beri jaminan itu, tidak. Itu kita akan bincang, cari jalan terbaik," kata Anwar yang dipetik daripada akhbar berbahasa Melayu itu.
"Ya, ia bukan tetap. Dalam politik, malah dalam dunia sekalipun," katanya.
Dalam wawancara itu lagi, Anwar sekali lagi mempertahankan keputusan bertanding di kerusi DUN Kajang adalah kerana situasi yang semakin meruncing di dalam negeri Selangor.
"Strategi ini dibuat bergantung kepada suasana dan keadaan semasa.
"Situasi sekarang ini berkaitan kemelut politik melibatkan kaum dan agama yang sengaja didedahkan dan sasarannya adalah Selangor," kata Anwar.
Anwar juga menafikan wujud pakatan sulit dalam pilihan raya di Kajang antara dirinya dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Abdul Khalid.
"Mana ada pakatan sulit. Azmin ialah timbalan presiden dan pengarah pilihan raya nasional.
"Abdul Khalid pula sendiri yang bertanggungjawab menawarkan diri untuk menjadi pengarah pilihan raya kali ini. Kalau mahu berkata pakatan sulit, saya sendiri pun tidak tahu," jelas Anwar.
PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang, Anwar untuk bertanding.
Tetapi wujud spekulasi menyatakan Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor yang sudah lama bercakaran dengan Azmin.
Lee, 42, adalah seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pada Rabu tarikh PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon pula pada 11 Mac 2014.
Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. – 8 Januari, 2014.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About