Rata-rata anggota Parlimen PAS masih berdiam diri terhadap Rang-Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013, walaupun wakil rakyat beragama Islam lain mahu ia dibincangkan lebih mendalam.
"Kami belum membuat keputusan akhir kerana kerajaan sendiri nampaknya tidak pasti (terhadap rang undang-undang itu)," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada Malaysiakini di lobi Parlimen semalam.
"Tiada pendirian parti dibuat kerana kami tidak tahu mana satu yang betul - rang undang-undang atau keputusan kabinet (pada 2009)," kata Mahfuz ketika ditanya tentang seksyen 107B yang termaktub dalam rang undang-undang itu.
Peruntukan dalamnya menyebut, persetujuan ibu atau bapa atau penjaga diperlukan untuk mengislamkan kanak-kanak bawah umur, yang sama sekali bertentangan dengan keputusan kabinet pada 2009 yang mensyaratkan bahawa persetujuan kedua-dua belah pihak ibu dan bapa diperlukan.
Ditanya pandangan peribadinya sendiri, anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau akan menunggu perkara itu jelas terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ulasan.
Sementara itu, dalam pertemuai berasingan, seorang lagi wakil rakyat PAS dari Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli turut mempunya nada yang sama dengan Mahfuz.
"Ini isu negara. Bukan pandangan peribadi," kata Hatta.
0 comments:
Post a Comment