RSS
Facebook
Twitter

12 July 2013

Khalid Samad kalah saman kes 'jubah paderi'



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak saman fitnah Khalid Samad terhadap Ketua Penerangan Umno Hamidah Osman berhubung dakwaan penyiaran gambar superimpose (pertindihan) anggota Parlimen Shah Alam itu yang berpakaian jubah paderi.

Khalid mendakwa gambar itu dimuatkan dalam artikel di blog Hamidah ( kanan ).

Bagaimanapun Pesuruhjaya Kehakiman Hashim Hamzah mengetepikan saman itu kerana plaintif gagal menunjukkan artikel asal di blog itu.

Hashim memerintahkan Khalid membayar kos RM20,000.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Nor Emelia Iszeham yang mewakili Hamidah mengesahkan perkara itu.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About