RSS
Facebook
Twitter

05 February 2014

Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama membuat komitmen demi pembangunan negara secara berterusan dengan mengetepikan perbezaan dan sebaliknya melihat kepada apa yang dikongsikan mereka.

Perdana menteri meminta seluruh rakyat untuk bekerjasama dengan saling menghormati dan bertanggungjawab dan memberi tumpuan kepada matlamat yang sama.
"Apabila kita melihat melangkaui status negara maju, kita perlu memberi tumpuan tenaga kita bagi membina sumber bakat lestari, bagi mereka yang akan membawa ke depan momentum yang bermula lima dekad lalu di Dataran Merdeka," katanya.
Najib berkata demikian dalam ucapannya yang bertemakan 'Sumbangan Kepada Negara' pada majlis penyampaian Anugerah Merdeka 2013 kepada lima penerima di Kuala Lumpur, malam tadi.
Tan Sri Arsyad Ayub dan Raja Tan Sri Muhammad Alias merupakan penerima bersama di bawah kategori Pendidikan dan Komuniti, Dr Lim Boo Liat (Alam Sekitar), Tan Sri Dr Yahya Awang (Sains dan Teknologi) dan Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit (Pencapaian Cemerlang Akademik).
Najib menyampaikan anugerah itu di hadapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka.
Perdana Menteri berkata, sejak merdeka dengan pertumbuhan pesat ekonomi membawa Malaysia daripada sebuah ekonomi pertanian dan ekonomi berasaskan komoditi sehingga menjadi negara perdagangan terkemuka dunia.
"Prestasi ekonomi kita membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, menyokong kemajuan besar dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, infrastruktur, perumahan dan kemudahan awam," katanya.
Najib berkata, harapan dan prospek negara terletak kepada generasi muda Malaysia yang akan memacu negara ke tahap lebih tinggi.
Mengenai penerima Anugerah Merdeka 2013, beliau berkata, mereka digabungkan secara megah dengan legasi yang memberi manfaat kepada generasi rakyat Malaysia masa kini dan masa lalu.
"Pencapaian mereka dalam pendidikan, pembaharuan luar bandar, pemuliharaan, penjagaan kesihatan dan penyelidikan perubatan membuat satu sumbangan yang bermakna kepada sejarah negara ini," katanya.
Najib berkata, apabila ayahandanya, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, mahu menukar Kolej Mara menjadi sebuah institusi yang memberi fokus bagi membangunkan bakat yang diperlukan oleh negara, beliau mengamanahkan tugas itu kepada Arshad.
"Tan Sri Arshad membentuk landskap pendidikan Malaysia, membangunkan pendidikan profesional dan mengikuti pembaharuan pendidikan dan inovasi yang membuka begitu banyak peluang kepada pelajar di Malaysia," katanya.
Najib berkata, Malaysia juga bergantung kepada pakar seperti Raja Alias yang bukan sahaja membantu membangunkan komoditi minyak sawit tetapi juga meningkatkan taraf hidup sejumlah besar masyarakat luar bandar.
Beliau juga memberi penghormatan kepada penerima yang lain.
"Kelima-lima orang yang budiman ini dan pasukan yang bekerja bersama dengan mereka meninggalkan jejak mereka dalam sejarah Malaysia. Mereka juga meletakkanasas bagi kejayaan masa depan,” katanya.
Sejak ditubuhkan pada 2007, Anugerah Merdeka mengiktiraf 22 individu luar biasa dan dua pertubuhan, dengan setiap daripada mereka menjadi contoh ikutan generasi pasca Merdeka.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim.
Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; dan Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. – 6 Februari, 2014.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About