Spekulasi mengatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) bakal mencabar Mohamed Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden PKR, kata satu sumber.
Menurut sumber itu, Khalid akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PKR yang rapat dengannya di kediaman rasminya pukul 8 malam ini dalam satu majlis bertajuk "Majlis Kasih Bertaut", bagaimanapun jemputan rasmi tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid bakal mengumumkan...
28 February 2014
Khalid Ibrahim bakal cabar Azmin jawatan Timbalan Presiden PKR?
Posted by Unknown on 5:38 AM with No comments
27 February 2014
NGO dedahkan Taib Mahmud, anak terlibat perjanjian perniagaan RM6.6 juta
Posted by Unknown on 12:23 AM with No comments
Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendedahkan penglibatan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama anaknya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, dalam satu perjanjian perniagaan bernilai RM6.6 juta (AS$2 juta) dengan sebuah syarikat berpengkalan di Jerman.
Pembongkaran perjanjian tersebut didedahkan hari ini oleh dua NGO, Global Witness dan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) dua hari sebelum Taib dijangka...
26 February 2014
Khalid tidak maklum Anwar sebelum tandatangani MoU air
Posted by Unknown on 8:02 AM with No comments
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandangani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berhubung isu air di Selangor.
Ketua Pembangkang itu berkata Khalid memaklumkan beliau daripada masa ke semasa berkenaan rundingan antara kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat berhubung perkara itu, tetapi butir...
Taib Mahmud letak jawatan Adun Balingian
Posted by Unknown on 12:11 AM with No comments
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingain Jumaat ini, lapor akhbar Berita Harian.
Akhbar tersebut memetik Abdul Taib sebagai berkata, notis pengosongan itu sudah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.
Taib sebelum ini mengumumkan mengenai peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat...
25 February 2014
Al Kisah KLIA 2 RM 4Bilion
Posted by Unknown on 5:15 PM with No comments

Keretakan di beberapa kawasan klia2 mungkin sebabkan pembukaan ditangguh lagi
Kebimbangan mengenai keselamatan lapangan terbang tambang murah klia2 dibangkitkan lagi selepas penemuan keretakan di jalan rayap, kawasan apron dan sekurang-kurangnya satu tempat parkir pesawat, seminggu selepas bangunan terminal gagal pemeriksaan bagi piawaian kebakaran dan keselamatan.
Satu...
24 February 2014
Anwar menang di #PRKKajang tapi tidak sampai ke Putrajaya, kata Muhyiddin
Posted by Unknown on 8:52 PM with No comments
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, calon Pakatan Rakyat (PR) itu tidak akan berjaya menerajui Putrajaya.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sekiranya Anwar menang di Kajang hanyalah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan Datuk Seri Najib Razak masih perdana menteri.
"Mungkin Selangor sebuah negeri besar dan...
Selangor catu air bermula
Posted by Unknown on 12:11 PM with No comments
Catuan air di Selangor akan bermula, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini.
Beliau berkata, catuan air tersebut bermaksud bekalan air akan disediakan untuk dua hari dan dua hari lagi tanpa air.
"Dengan cara ini, paip air tidak akan kering selama beberapa hari lagi," katanya dipetik daripada The Star Online.
Khalid berkata, tangki Syabas dan tangki statik akan dihantar di tempat yang terjejas.
Antara tempat yang terjejas...
22 February 2014
Pendakwaan selektif kerana SPRM perlu bukti kuat, kata Abu Kassim
Posted by Unknown on 10:19 PM with No comments
Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pendakwaan selektif kerana perlukan bukti dan keterangan serta bukti yang kuat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, kedua-dua kriteria tersebut diperlukan untuk agensi pencegahan rasuah tersebut mengambil tindakan ke atas tertuduh.
"Memang SPRM melakukan pendakwaan selektif iaitu mendakwa orang yang mempunyai bukti dan keterangan yang kuat.
"Kalau keterangan...
21 February 2014
Chew Mei Fun lawan Anwar di Kajang
Posted by Unknown on 3:44 AM with No comments
Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun bakal bertanding mewakili parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, ketua wanita MCA, timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta bekas senator.
Selepas tiga tahun mendiamkan diri, Chew membuat kemunculan...
20 February 2014
Karpal didapati bersalah kerana menghasut
Posted by Unknown on 9:15 PM with No comments
Peguam veteran Karpal Singh hari ini didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis Perlembagaan pada 2009.
Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
Peguam Gobind Singh Deo memohon mahkamah agar menangguhkan hukuman bagi membolehkan mereka menyediakan rayuan agar hukuman yang ringan dikenakan.
"Kami memerlukan laporan...
Bekas pengerusi DAP Kampung Jering mati ditembak
Posted by Unknown on 1:44 AM with No comments
Bekas Pengerusi DAP Kampung Jering mati akibat di tembak di bahagian badan, tangan dan dada di depan rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar di Seri Manjung malam tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Wong Kong Ting, 56 yang mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di Hospital Manjung pada pukul 11 malam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata dalam kejadian pukul 10.13 malam itu, isteri mangsa terdengar bunyi satu letupan di luar...
19 February 2014
Khairy Jamaluddin kini tulang belakang Putrajaya
Posted by Unknown on 8:11 PM with No comments
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah orang yang berjaya memusnahkan hujah P Waytha Moothy yang meletakkan jawatannya sebagai timbalan menteri apabila berkata pemimpin Hindraf itu bukan pemain dalam pasukan dan mendesak bajet untuk masyarakat India diletakkan di bawahnya.
Menteri lain juga nampaknya mengikuti pendedahan Khairy yang dibuat melalui akaun Twiter, dilihat sebagai usaha bersama selepas sembilan hari Waytha meletakkan...
17 February 2014
PRK Kajang perang PKR-BN
Posted by Unknown on 8:05 PM with No comments

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak akan mengubah teraju kerajaan negeri, namun lebih berkisar tentang perang antara Barisan Nasional (BN) dan penyandang PKR, walaupun terdapat beberapa calon bebas yang bakal bertanding.
Walaupun Datuk Zaid Ibrahim lebih kuat dari segi politik berbanding calon bebas lain dalam PRK 23 Mac itu, para penganalisis...
Mat Sabu tidak faham erti perjuangan Malaya, kata Rahim Noor
Posted by Unknown on 8:51 AM with No comments
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini diberitahu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak faham erti perjuangan Malaya atau Tanah Melayu ketika berceramah mengenai serangan komunis di Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor berkata Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu tidak tahu mengenai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong ketika berceramah di Padang Menora, Tasek Gelugor pada...
15 February 2014
lelaki cuba edar Bible kepada pelajar di Pulau Pinang ditangkap
Posted by Unknown on 9:14 PM with No comments
Seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di Georgetown, Pulau Pinang.
Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad, kejadian berkenaan berlaku di sekolah berkenaan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah itu.
Pihaknya kesal kerana Bible dalam bahasa Melayu itu juga tertulis kalimah Allah yang dibimbangi boleh...
14 February 2014
Paul Low tidak akan ikut jejak Waytha Moorthy letak jawatan
Posted by Unknown on 9:52 PM with No comments
Senator Datuk Paul Low menegaskan hari ini beliau tidak akan mengikut jejak bekas Timbalan Menteri, P Waytha Moorthy yang meletakkan jawatan baru-baru ini walaupun terdapat desakan kepada beliau untuk berbuat demikian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan integriti dan ketelusan itu berkata, beliau masih mempunyai tugas yang perlu diselesaikan sebelum berhenti.
"Saya hanya boleh komen yang saya tidak akan letak jawatan. Mengapa...
Subscribe to:
Posts (Atom)