RSS
Facebook
Twitter

28 May 2013

BOT EKSPRES DIPENUHI PENUMPANG KARAM DI BELAGA


SIBU, 28 Mei Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang

ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram

Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini, hari ini.

Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat

kejadian.

Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan

dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta

Gawai Dayak hujung minggu ini.

Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh

ketika dihubungi Bernama berkata ''Bot Ekspres Bakun Mas'' itu melepasi Belaga

pada pukul 8 pagi.

Daniel berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya seorang wanita mengandung

yang maut dalam kejadian itu.

-- LAGI

BOT-KARAM 2 (AKHIR) SIBU

Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang

kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.

"Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia

meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga," katanya.

"Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu," katanya sambil

memberitahu kapasiti bot itu ialah 67 penumpang.

Sementara itu ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak Dannny Bungan berkata

polis dan petugas Lembaga Sungai Sarawak perlu ditempatkan di kawasan-kawasan

pedalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memantau keadaan semasa sambutan

sesuatu perayaan besar.

"Terdapat terlalu ramai pekerja dari Kapit dan kawasan-kawasan lain di

kawasan Bakun. Apabila tiba cuti panjang orang ramai akan berpusu-pusu untuk

pulang ke kampung dengan bot ekspres," katanya.

-- BERNAMA

ESS ESS SN

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About