RSS
Facebook
Twitter

28 May 2013


KUALA LUMPUR, 28 Mei — Barisan Nasional (BN) masih lagi akan dipimpin oleh Melayu walaupun dijadikan sebagai satu parti kerana sokongan majoriti Melayu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perdana menteri dan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah mengatakan pada Ahad gabungan pemerintah itu perlu adaptasi perubahan dalam lanskap politik untuk kekal relevan, menegaskan strategi sebelum ini tidak semestinya “resipi yang sesuai untuk masa depan.”

“Secara logiknya, melihat kepada struktur masyarakat, secara logiknya, sukar untuk sesiapapun untuk memimpin parti jika bukan Bumiputera,” kata Tengku Adnan kepada The Malaysian Insidersemalam.

“Mungkin kita boleh mempunyai satu presiden, dua atau tiga timbalan presiden. Ini adalah perkara yang sedang kita fikirkan,” tambah beliau.

Pemangku presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn mengatakan BN perlu mempertimbangkan untuk menggugurkan syarat kaum untuk menyertai gabungan berkenaan, sebaliknya menerima keahlian terus tanpa berdasarkan warna kulit.

“Sebagai parti tunggal BN, jika ia dilaksanakan, kita mungkin boleh tarik undi kumpulan muda,” katanya, dan menambah, BN perlukan imej dan model baru dalam politik.

BN hanya menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, kurang daripada 140 yang mereka menang dalam Pilihan Raya 2008, oleh kerana pengundi bandar dan kelas menengah menolak gabungan itu, membenarkan Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi undi popular dan mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang — dua negeri paling maju di Malaysia.

Kali terakhir BN kehilangan undi popular adalah pada tahun 1969 apabila mereka bertanding sebagai Perikatan yang terdiri daripada parti berasaskan kaum Umno, MCA dan MIC yang mewakili komuniti Melayu, Cina dan India dalam negara majoriti Melayu.

Pengasas Umno Datuk Onn Jaafar telah menggesa agar keahlian parti itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan Umno dinamakan semula sebagai “United Malayan National Organisation” dalam percubaan untuk menamatkan politik berasaskan kaum.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan ahli Umno menolak idea Onn dan oleh kerana marah dengan perkara itu, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti. Parti Perikatan kemudiannya ditubuhkan pada tahun 1952.

Pengarah Strategi MIC S. Vell Paari mengatakan semalam sudah sampai masanya untuk bergerak dari pengasingan kaum dan ketidaksamaan.

“Politik komunal telah berakhir,” kata Vell Paari kepada The Malaysian Insider.

“Mungkin sudah sampai masanya untuk menambah jumlah timbalan perdana menteri — mungkin beri satu ke Sabah, satu untuk India, satu untuk Cina. Hampir kesemua jawatan tertinggi BN didominasi oleh satu parti,” tambah beliau, merujuk kepada Umno.

Pengerusi BN dan timbalan pengerusi, Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga perdana menteri dan timbalan perdana menteri datang dari Umno.

Vell Paari mengatakan satu parti BN akan menjamin tiada komuniti akan ketinggalan dalam pembangunan negara, tetapi menegaskan semua komuniti perlu mempunyai suara yang sama dalam parti berbanding “sindrom abang besar, adik kecil” sekarang.

Apabila ditanya adakah bukan Melayu boleh memimpin BN dan menjadi perdana menteri, beliau mengatakan: “Dalam 15 tahun akan datang, siapa tahu?”

“Tiada siapa yang memikirkan rakyat Amerika berketurunan Afrika boleh menjadi presiden Amerika,” kata Vell Paari merujuk kepada Barack Obama.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong mengatakan “sudah sampai masanya untuk mencuba kemungkinan” satu parti berbilang kaum BN tetapi menambah, secara umumnya, rakyat Malaysia masih lagi berfikir dalam rangka kaum.

“Anda harus mempunyai ideologi bersama jika mahu semua kaum bersama. Apa cara sekalipun, lakukannya. Sama ada anda akan mempunyai 100 peratus yang berfikir di luar rangka kaum, saya tidak pasti,” kata Wee kepada The Malaysian Insider.

“Anda boleh katakan ini masalah rakyat Malaysia,” tambah beliau.

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About