RSS
Facebook
Twitter

02 August 2013

Black 505: 3 pemimpin AMK didakwa Selasa ini

Tiga pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima saman hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 6 Ogos depan atas tuduhan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib Mohd Nazree Mohd Yunus menerima saman itu selepas memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pagi tadi.

Menurut Shamsul Iskandar, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 4(2)(b) atas tuduhan berhimpun di tempat larangan di perkarangan Masjid Al-Rahman, Universiti Malaya pada 26 Jun lalu sewaktu himpunan 'Blackout 505'.

Sebelum itu, Khairul Anuar dan Mohd Nazree pagi ini hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dipercayai berkaitan penglibatan mereka dalam perhimpunan Black 505.

Kedua-duanya menerima notis pada 12 Julai lalu, untuk hadir memberi keterangan pada hari ini.

Mereka memberi keterangan di bawah Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mohd Nazree yang ditemui pemberita di pintu masuk IPD berkata beliau percaya arahan tersebut ada kaitan dengan penglibatan mereka dalm perhimpunan tersebut pada 26 Jun lalu.

Kedua-dua pemimpin AMK itu kemudiannya memasuki IPD itu yang ditemani peguam A Jeyaseelen kira-kira jam 11.15 pagi.

Shamsul Iskandar yang juga ahli Parlimen Bukit Katil pula masih belum tiba sewaktu Khairul Anwar dan Mohd Nazree memasuki IPD itu

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About